Kursus Asas Komputer (Microsoft Office Publisher)
20 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniSeramai 14 orang peserta telah menyertai Kursus Asas Komputer (Ms Office Publisher) yang telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar di Sekolah Rendah cara-cara penggunaan komputer dan pencarian maklumat yang betul melalui klik dengan bijak (KDB). Selain itu,melatih pelajar meggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam Ms Office Publisher. Meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penggunaan perisian-perisian Ms Office Publisher serta menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada dunia ICT dan teknologi.
Kursus ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada penggunaan perisian Microsoft Office Publisher dalam menghasilkan grafik dan teks. Selain itu, memberi pengetahuan dan kefahaman kepada peserta mengenai fungsi setiap alat yang terdapat di Ms. Office Publisher. Peserta dapat mengetahui konfigurasi asas yang perlu dibuat sebelum menggunakan Ms. Office Publisher. Peserta mampu menggunakan Customize Option yang terdapat dalam Ms. Office Publisher untuk menyesuaikan penggunaan. Peserta dapat mengetahui cara untuk Saving sesuatu data atau maklumat. Sebelum sesi pembelajaraan Ms Word, para peserta kursus didedahkan tentang Klik dengan bijak (KDB) dan pengenalan kepada e-waste.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: